Latar Belakang


Penubuhan IHRUM akan mensasarkan beberapa objektif seperti berikut: 

  1. Untuk menjadikan Universiti Malaya sebagai ikon serta pusat rujukan kecemerlangan penyelidikan halal. 
  2. Menjalankan penyelidikan halal dalam pelbagai disiplin pengajian di Universiti Malaya (multi- dan trans-disiplin). 
  3. Membangunkan rangkaian dan sinergi antara ilmuan Islam di Universiti Malaya serta ilmuan tempatan dan antarabangsa melalui penerbitan yang berimpak tinggi. 
  4. Menyediakan maklumat berkaitan halal melalui rangkaiannya ICT. 
  5. Menyediakan program latihan, kursus, bengkel kemahiran dan kesedaran berkaitan halal. 
  6. Menyediakan perkhidmatan analisis forensik makmal halal. 
  7. Menyediakan perkhidmatan perundingan, nasihat dan sokongan berkaitan dengan perkara saintifik dan bukan saintifik kepada pertubuhan-pertubuhan awam danindustri yang berkaitan dengan aktiviti halal. 
  8. Membangunkan produk halal untuk industri melalui penyelidikan yang menepati tuntutan syariah. 
  9. Untuk membantu pembangunan industri halal dalam negara dan antarabangsa melalui penyelidikan halal.

MOTO
Mendidik masyarakat melalui pengetahuan halal
Educating society via halal knowledge )

VISI 
Memperkasa halal sebagai salah satu cara hidup ummah. 

MISI 
Membangunkan penyelidikan halal secara menyeluruh dalam memangkin ilmu, menyediakan perkhidmatan dan mengkomersialkan produk-produk halal serta memberi perkhidmatan, latihan dan perundingan berkaitan halal.

Contact Details :

UNIVERSITY OF MALAYA HALAL RESEARCH CENTRE (UMHRC),

Ground Floor, High Impact Research (HIR) BuildingUniversity of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Operating hours:

Mon - Thurs: 8.00 am - 5.00 pm
Fri: 8.30 am - 12.15 pm, 2.45 pm - 5.00 pm

Telephone: (+603) 7967 6242/6243


Email: ihrum@um.edu.my
Website: http://umhrc.um.edu.my

Activities & Publications