Perutusan Ketua IHRUM

 

 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya International Halal Research Group, University of Malaya (IHRUM) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan tertubuhnya laman sesawang ini. Tujuan laman sesawang ini adalah sebagai medium pengantaraan dalam menyampaikan dan menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Isu-isu tentang halal sangat rapat dengan masyarakat di Malaysia yang diiktiraf sebagai negara yang mempunyai majoriti masyarakat Melayu dan Islam.

Tidak dinafikan laman sesawang memainkan peranan yang penting buat sesebuah organisasi dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Bersesuaian dengan moto IHRUM iaitu 'mendidik masyarakat melalui pengetahuan halal', ia menjadi tanggungjawab IHRUM untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat dan tidak lari dari ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith. 

Saya dan pihak IHRUM berharap masyarakat lebih prihatin tentang isu-isu halal yang bukan sahaja berkait rapat dengan pemakanan tetapi meliputi aspek-aspek seperti perubatan, kosmetik, perundangan dan lain-lain lagi. Selamat melayari laman sesawang ini. 

Terima kasih. 

Dr. Zalina Zakaria
Ketua IHRUM

 

Contact Details :

UNIVERSITY OF MALAYA HALAL RESEARCH CENTRE (UMHRC),

Ground Floor, High Impact Research (HIR) BuildingUniversity of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Operating hours:

Mon - Thurs: 8.00 a.m - 5.00 p.m
Friday         : 8.30 a.m - 12.15 p.m
                     2.45 p.m - 5.00 p.m

Telephone  : 03-7967 6242
Faks           : 03-7967 6243

Email          : umhalal@um.edu.my
Website      : https://umhrc.um.edu.my
Facebook   : UMHRC

Activities & Publications